..... kalau pelepah bawah gugur, pelepah di atas jangan ketawa... ni pesan mak sayer, dalam makmernyer tu weh.... ..... FORGIVE BUT NEVER FORGET WHAT YOU DID...big or small lies are lies
Thursday, 31 December 2015
HANYA PADA MU AKU MEMOHON
Tiada siapa yang tahu
apa yang kita LALUI
tiada siapa yang MENGERTI
seberat mana kita menanggung DI HATI
selagi kita bernama MANUSIA
selagi itu kita DIUJI
walau kesakitannya begitu pedih sekali
teruslah MELANGKAH
JANGAN BERHENTI
#PahitAkanManisAkhirnya
#DalamGelapAdaTerang
#MentariMunculLagi
PASTI JADI NYATA
Hilangkan kerisauanmu
Bangkitkan semangatmu
Panjatkan doamu
In Shaa Allah
Allah akan mematikan sakitmu
dan
menghidupkan sihatmu
................###................
#PahitAkanManisAkhirnya
#DalamGelapAdaTerang
#MentariMunculLagi
PASTI JADI NYATA
Hilangkan kerisauanmu
Bangkitkan semangatmu
Panjatkan doamu
In Shaa Allah
Allah akan mematikan sakitmu
dan
menghidupkan sihatmu
................###................
Bismillahirrahmannirrahim
Ya Allah ya Rahman ya Karim
Hari ini Jumaat terakhir 2015
Mohon kepada Mu ya Allah....
... jgn jadikan Jumaat ini yg terakhir
... jgn jadikan Tahajud ini yg terakhir
... jgn jadikan Subuh ini yg terakhir
Sihatkanlah tubuh badan kami
Sembuhkanlah penyakit kami
Panjangkan umur kami
Murahkan rezki kami
Ampuni dosa2 kami, dosa ibubapa kami
Ampuni dosa guru2 kami dan org2 Islam
... terimalah taubat2 kami
... berkatilah seluruh kehidupan kami
... dekatkanlah hati kami pada Mu
... rapatkan iman kami kpd Mu
... jauhi kami dr godaan syaitan dan iblis
... jauhi kami dr azab api neraka Mu
Aamin... aamin ya rabbalalamin
Monday, 21 December 2015
CERITA SEMALAM
20 DISEMBER 2015
CERITA SEMALAM...
CERITA SEMALAM...
19/12/2015 - balik kampung ke Perak, tujuan asal untuk jumpa ibu yang dah lama tak jumpa... seingat aku bulan 9 last aku jumpa sebelum aku buat pembedahan di IKN, Putrajaya. Selain itu aku ambil kesempatan untuk berjumpa dengan teman-teman sekolah yang dah 40 tahun terpisah.
40 tahun berlalu hari ini kami dipertemukan di majlis perkahwinan salah seorang rakan sekelas... masa terpisah kami sweet 17 jumpa kembali....
.... seronok cerita kisah lama ...
Noriaini, Sawana and me
... masa berpisah kami sweet 17 jumpa kembali + 40...
Friday, 18 December 2015
17 DISEMBER 2015
Hari ni aku gi jenjalan ke AEON Tmn Equin dengan anak bungsu aku.. lengang je w/pun cuti sekolah parking pun byk kosong xler cam biasa kena parking lat atas... dapat le tangkap kasut sukan... POWER konon nak joging ke gi jim ke ...
....... hasil tangkapan hari ini ......
selebehnya aku jalan2 cari makan.... balik singgah pejabat jab... rindu ngan diorg +++
Wednesday, 16 December 2015
CATATAN
DIKESEMPATAN INI...
Assalamualaikum... dah lama saya tak jenguk blog ini,, ingat dah xboleh buka. Dah lama sangat rasanya dah berhabuk ikutkan... password pun ingat3 lupa, naseb baik ok. Mak ai... rupanya tahun 2015 tak pernah langsung buat post.
Semenjak aku disahkan aku takde mud nak berbloging tapi hari ini aku cuba rajinkan diri utk menulis sekurang2nya ada cerita mewakili tahun 2015.
16 DISEMBER 2015 - RABU
Biasanya rutin harianku menjemput anak bungsu ku dari jim... selepas tu aku akan bergegas untuk ke IKN ( Institut Kanser Negara ) di Putrajaya utk menjalani rawatan Radioterapi tapi semalan 15 Disember 2015 habis suda so hari ni aku free meree...
... aku gunakan hari ini utk selesaikan bayaran yuran di Mara Salak Tinggi bagi meneruskan pengajian di Kolej Profesional Mara...
...aku akan coba mencatat memori yang tertinggal semampu ku seawal Januari 2015
15 DISEMBER 2015 - SELASA
Hari ni selepas ambil SYA dari jim aku terus ke IKN untuk meneruskan rawatan Radioterapi Bost kali terakhir ( semua 8 X )... sebenarnya aku sedih sebab aku takkan jumpa dengan 'anakanda'2 yang merawat sepanjang RT... Syahrul, Ida, Rini, Syatirah, Azmeer, Syawal dan ramai lagi yang belum kenal nama.
Hari ini Sya, Rini, Azmeer dan seorang lagi (Sabahan) yang menguruskan aku di bilik RT... selesai aku menukar pakaian sebelum keluar dari Bilik SUBWAIT (Linac 2) aku jumpa dgn En. Syahrul, Ida, Rini dan Sya utk ucapkan terima kasih atas kebaikan, layanan dan wajah yang sentiasa tersenyum... Syahrul menerangkan dan memberi tip2 utk merawat bekas RT...
adoi... nantok la esuk sambung lagipun terasa sengal2 bekas rawatan,,,
Subscribe to:
Comments (Atom)


