Friday, 30 September 2016

Monday, 5 September 2016

04.09.2016 - ISNIN

Hari ini minggu pertama aku meneruskan hari2 bersara. Bingung... bosan pun ada  dok umah maklum dah biasa kejer...

Sunday, 4 September 2016

BACK TO 2015


04.09.2015 - 04.09.2016 : Hari ini genap setahun menjalani pembedahan di IKN. Seawal jam 8.00 pagi aku dihantar ke OT / bilik pembedahan. Mengikut Pegawai Perubatan yang betugas operation bermula 9.00 pagi.

Monday, 11 July 2016

IKN ...

ALHAMDULILLAH YA ROB...

Hari ini aku ada temujanji di  MDC Surgical - IKN. Tahun lps 2015 aku di Daycare - IKN for 'blood taking' utk kemo ke 6 tapi di rejek koz bacaan darah tak tantek so aku kena tunggu lagi 1 minggu.

Jumpa Dr di bilik 5... risau gak aku sebab nak tau result mamogram yang aku buat di HPjaya pada 20 Jun lepas. Doa aku tak putus2 mdh2an takde problem. Alhandulillah... syukur bila Dr bagitau semua ok...

Wednesday, 29 June 2016

RAMADAN

SETAHUN BERLALU

Ramadan tahun lepas (2015) aku menjalani Kimoterapi untuk penyakit yang aku hadapi "breast cancer"... bagaimanapun aku masih boleh menjalani ibadat puasa cuma 6 hari kantoiiii. Kalau masa tu rambut ku hanpir semua luruh tapi tahun ini dah subur semula... tak perlu nak berpantang makan bedal jerrr. Tahun ni rasa lega koz luka breast dah takde w/pun Dia dah ambil semuala hak Nya.

Thursday, 26 May 2016

26.05.2016

Dah lama aku tak berbloging.. niat bila dtg 2016 nak rajin... nak hilangkan rasa bosan. Aku dah bertugas semula mulai 01.03.2016 setelah setahun aku cuti sakit barah.

Diam tak diam rupanya aku dah setahun kimoterapi. Rasa cam baru lagi... mgkin treatment yang aku buat berjalan lancar dan aku sihat tanpa hadapi sebarang masalah

Thursday, 31 December 2015